3 bulan pertama PERCUMA + jimat 30% dengan PENJANA

Bagi memudahkan PKS mara ke era digital, kami menawarkan Celcom Business Suite selama 3 bulan secara percuma dan penjimatan 30% dari PENJANA. Rebut tawaran masa terhad ini dengan pakej langganan pilihan anda.

Digitalkan urusniaga dengan lebih yakin

Trend akan berubah setiap masa. Oleh itu, Celcom Business akan terus bersama anda maju ke hadapan dengan menyediakan kemudahan terbaik  supaya perniagaan anda lebih bersedia dipersiapkan pelan dan tawaran hebat yang menjimatkan.

Digital Niaga - Storytelling 1

Kolaborasi akan menjadi lebih mudah

Kerjasama semakin lancar dengan Pek Flexi, pakej menarik yang menggabungkan data berkelajuan tinggi dan Microsoft 365 Suite untuk anda berkolaborasi dengan lebih mudah. Dapatkannya PERCUMA untuk 3 bulan pertama.

digital niaga storytelling 2

Kekal Fleksibel untuk Kolaborasi Mudah

Kami amat memahami anda perlukan sokongan untuk pulih dan maju dalam norma baharu. Itulah sebabnya Pek Flexi dilengkapi dengan kemudahan efisien untuk membantu anda. Dapatkannya hari ini dengan mana-mana kombo pelan MEGA For Business dengan Microsoft 365 serta akses percuma selama 3 bulan pertama dan penjimatan 30% dengan PENJANA
 
Pek Flexi - MEGA™ Lightning 80
Pek Flexi - MEGA™ Lightning 98 atau Unlimited 98
Pek Flexi - MEGA™ Lightning 128 atau Unlimited 128
Pek Flexi - MEGA™ Lightning 158 atau Unlimited 158
Pek Flexi - MEGA™ Lightning 188
RM93/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 80 dengan Microsoft 365 Business Basic
 
 
 
RM123/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 80 dengan Microsoft 365 Business Standard
 

 
*Dapatkan diskaun 30% dengan PENJANA untuk kedua-dua pelan
 
RM111/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 98 atau Unlimited 98 dengan Microsoft 365 Business Basic
 
 
RM141/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 98 atau Unlimited 98 dengan Microsoft 365 Business Standard
 
 
*Dapatkan diskaun 30% dengan PENJANA untuk kedua-dua pelan
 
RM141/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 128 atau Unlimited 128 dengan Microsoft 365 Business Basic
 
 
RM171/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 128 atau Unlimited 128 dengan Microsoft 365 Business Standard
 
 
*WhatsApp & WeChat TANPA HAD untuk kedua-dua pelan
 
*Dapatkan diskaun 30% dengan PENJANA untuk kedua-dua pelan
 
RM171/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 158 atau Unlimited 158 dengan Microsoft 365 Business Basic
 
 
RM201/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 158 atau Unlimited 158 dengan Microsoft 365 Business Standard
 
 
*WhatsApp & WeChat TANPA HAD untuk kedua-dua pelan
 
*Dapatkan diskaun 30% dengan PENJANA untuk kedua-dua pelan
 
RM201/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 188 dengan Microsoft 365 Business Basic
 
 
 
RM231/bulan
 
PERCUMA 3 bulan pertama
 
MEGA™ Lightning 188 dengan Microsoft 365 Business Standard
 
 
 
*WhatsApp & WeChat TANPA HAD untuk kedua-dua pelan
 
*Dapatkan diskaun 30% dengan PENJANA untuk kedua-dua pelan
 

Tingkatkan perniagaan dengan 3 langkah ini

USP Icons

LANGKAH 1

Pilih pelan

USP Icons

LANGKAH 2

Isi dan hantar borang

USP Icons

LANGKAH 3

Kami akan hubungi anda untuk proses pendaftaran

Benefit Banner Image Desktop
Benefit Banner Image Mobile

Digitalkan perniagaan dengan Celcom Business

Hubungi kami untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang Celcom Business Suite™ dan maklumat tambahan untuk produk, perkhidmatan atau bantuan kami.
Semua ruang bertanda (*) adalah mandatori.
Butiran Pendaftaran

Ingin tahu lebih lanjut? Sila semak Soalan Lazim serta Terma dan Syarat:

1. Apakah itu Celcom Business Suite?

Celcom Business Suite adalah merupakan satu pakej yang merangkumi solusi-solusi seperti InternetGO™ 45, MESINKIRA, HR Biz Suite Basic, M365 Business Basic, EMS 50 dan Business Wireless Gold. Ia juga menawarkan pilihan peranti tambahan seperti Dongle TP-Link, telefon pintar Android (NFC atau Bukan-NFC) dan Tablet Android. Disamping itu terdapat juga solusi-solusi lain untuk dipilih sebagai tambahan.

 

2. Siapakah yang layak untuk melanggan Celcom Business Suite?

Langganan Celcom Business Suite adalah dibuka kepada semua syarikat-syarikat PKS dan juga pelanggan-pelanggan Celcom sedia-ada yang tidak mempunyai ikatan kontrak perkhidmatan. Tempoh kontrak bagi pakej Celcom Business Suite ini adalah selama 24-bulan.

 

3. Bolehkah saya melanggan pakej Celcom Business Suite jika saya masih lagi melanggan pakej perkhidmatan Celcom yang lain?

Ya, anda boleh melanggani pakej Celcom Business Suite dengan menggunakan nombor talian perkhidmatan yang baru atau anda boleh memilih untuk membatalkan pakej Celcom sediada anda. Sila ambil maklum bahawa jika anda memilih untuk membatalkan pakej sediada anda, maka caj fi penalti pembatalan mungkin akan dikenakan berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan di dalam kontrak langganan tersebut.

 

4. Bolehkah saya pada bila-bila masa membatalkan sebarang perkhidmatan solusi di dalam Celcom Business Suite?

Anda tidak dibenar untuk membatalkan sebarang solusi yang telah dilanggan di dalam pakej Celcom Business Suite. Sebarang pembatalan akan dikenakan caj fi penalti.

 

5. Berapakah caj penalti yang dikenakan bagi pembatalan langganan Celcom Business Suite?

Jika pembatalan langganan Celcom Business Suite dibuat sebelum kontrak berakhir, maka anda akan dicaj fi langganan bulanan untuk baki tempoh kontrak yang masih ada termasuk lain-lain bayaran fi langganan untuk solusi tambahan dan juga peranti telefon pintar / tablet.
Bagi pakej Combo 1, caj penalti tambahan sebanyak RM300 akan dikenakan bagi peranti Dongle TP-Link. 

  1. Pakej Celcom Business Suite mempunyai lebih dari satu (1) solusi yang ditawarkan dalam satu pakej dan setiap solusi perkhidmatan yang digunapakai. Harga bagi perkhidmatan solusi tambahan akan dikenakan berdasarkan kepada harga semasa/standard.
  2. Pelanggan yang melanggan pakej SME Business Suite akan menikmati kadar dan tarif yang ditawarkan bagi setiap pakej/combo sepertimana yang tertera di dalam borang pendaftaran perkhidmatan - SRF.
  3. Pihak Celcom berhak untuk meminda atau mengubah semua harga yang telah ditetapkan bagi solusi M365 Biz Basic dan M365 Biz Standard pada bila-bila masa.
  4. Semua solusi tambahan adalah dianggap sebagai pilihan dan tidak akan mendapat sebarang potongan harga.
  5. Tempoh kontrak bagi semua jenis Combo adalah selama 24 bulan. Tempoh kontrak bagi solusi tambahan adalah berdasarkan kepada kaedah amalan kontrak semasa Celcom.
  6. Bil langganan perkhidmatan akan dikeluarkan secara bulanan.
  7. Harga bagi M365 – Basic atau Standard, MESIKIRA dan HR Biz Suite adalah berdasarkan kepada fi lesen atau jumlah pengguna.
  8. Tempoh promosi ini adalah selama 3 bulan sehingga 22hb. Oktober 2021 dan ianya mungkin akan dilanjutkan selama 3 bulan lagi jika mendapat sambutan baik serta bergantung kepada keperluan semasa.
  9. Semua peranti (telefon pintar & tablet) hendaklah dibeli secara berasingan, tertakluk kepada terma & syarat di dalam SRF.
  10. Nilai pakej (selepas ini dirujuk sebagai Package Value “PV”) akan dikira secara pro-rata dan dipaparkan dalam bil bulan pertama jika Pelanggan mendaftar sebelum tarikh kitaran bil.
  11. Sekiranya, Pelanggan mengubah tarikh kitaran pengebilan, satu PV dengan tarikh terdahulu dan satu  lagi PV dengan tarih terkemudian akan dikenakan dalam kitaran bil seterusnya.
  12. Sekiranya, perkhidmatan ditamatkan lebih awal iaitu sebelum tarikh kitaran bil, PV akan dikembalikan berdasarkan nilai pro-rata.  Walau bagaimanapun, Pelanggan akan dikenakan bayaran penamatan perkhidmatan (kemudian dari ini akan ditetapkan).
  13. Tempoh langganan minimum untuk Pakej Celcom Business Suite adalah selama 24 bulan dari tarikh pengaktifan pakej perkhidmatan (selepas ini ditakrifkan sebagai “Tempoh Penjanjian”). Celcom akan mengenakan bayaran penamatan awal langganan iaitu bagi setiap baki bulan yang masih ada dalam tempoh kontrak termasuk lain-lain bayaran langganan bagi solusi tambahan dan juga peranti telefon pintar/tablet (selepas ini ditakrifkan sebagai “Fi Penamatan”). Sebarang penggunaan tambahan perkhidmatan data atau SMS akan dikenakan berdasar kepada tarif data dan SMS semasa Celcom. Denda yana dikenakan untuk peranti bagi Pakej Productiviti adalah sebanyak RM300.
  14. Jika penyambungan semula pakej perkhidmatan dibuat dalam tempoh masa tiga puluh hari (30 hari) selepas penamatan awal, bil pelanggan yang sama akan diteruskan semula serta pelanggan dapat terus menikmati tarif dan kadar harga yang ditawarkan di bawah Pakej ini. Bayaran fi penyambungan semula sebanyak RM10/sim akan dikenakan kepada Pelanggan. Penyambungan semula bagi langganan pakej akan ditamatkan sepenuhnya jika pelanggan gagal membayar fi penyambungan semula dalam tempoh tiga puluh (30) hari.
  15. Kadar IDD/Roaming semasa Celcom akan digunapakai untuk perayauan data antarabangsa dan IDD.
  16. Harga yang dipamerkan tidak termasuk 6% Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST), caj panggilan, bil terperinci dan/atau Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services) yang dilanggan oleh pelanggan.
  17. Bagi Celcom Business Suite Bundle, klausa #14 (Polisi Pengembalian 30 Hari) di dalam Terma & Syarat khusus untuk Celcom Business Wireless tidak akan digunapakai.
  18. Mana-mana Pihak boleh menamatkan langganan Celcom Business Suite Bundle pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis 30 hari sebelum kepada pihak Celcom. Celcom tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang bayaran pampasan dan ganti rugi kepada Pelanggan sekiranya Celcom menggunakan haknya untuk menamatkan perkhidmatan. Namun, penamatan perkhidmatan oleh Pelanggan sebelum berakhirnya tempoh kontrak akan dikenakan fi penamatan sepertimana yang telah ditetapkan di sini.
  19. Celcom menafikan sebarang jaminan atau tanggungan untuk kebolehdagangan peranti bagi Celcom Business Suite Bundle. Jaminan yang diberikan untuk telefon pintar atau tablet adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang disediakan oleh pengeluar atau pembekal alat peranti tersebut.

Inisiatif Pendigitalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (“inisiatif ini”) ditawarkan kepada PKS di bawah Bajet 2020 untuk mendapatkan perkhidmatan digital dari penyedia perkhidmatan yang berdaftar dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) (“Penyedia Perkhidmatan”) bagi memberi panduan serta perkhidmatan pendigitalan kepada syarikat-syarikat PKS.

7 teras utama pendigitalan bagi inisiatif ini adalah seperti di bawah:

  1. Sistem Elektronik Point of Sales (e-POS) -

    Penggunaan software seperti Point-Of-Sale yang direkacipta bagi membantu syarikat-syarikat PKS menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan.

  2. Sistem Pengajian Sumber Manusia / Pengurusan Perhubungan Pelanggan - Suatu sistem yang mempermudah dan menguruskan proses pengajian, prosidur serta segala keperluan yang melibatkan sumber manusia.

  3. Pemasaran / Jualan Secara Digital –

    Pemasaran secara digital yang menawarkan kaedah pemasaran sesuatu produk di internet melalui applikasi, paparan iklan dan media digital yang lain.

  4. Perolehan -

    Perkhidmatan yang menyediakan pembelian dan perbekalan jualan bagi entiti perniagaan dengan perniagaan, entiti perniagaan dengan pengguna atau entiti perniagaan dengan kerajaan.

  5. Enterprise Resource Planning (“ERP”)/Perakaunan & Percukaian -

    Perkhidmatan pengkalan data yang menyokong proses-proses dan operasi-operasi termasuk perkilangan, pemasaran, kewangan dan sumber manusia.

  6. Pekerjaan Jarak Jauh -

    Penggunaan solusi digital yang membolehkan satu-satu perniagaan itu menjalankan fungsi perniagaan di luar kawasan. Ia selalunya melibatkan penggunaan software dan hardware digital bagi membolehkan komunikasi dan pertukaran data secara jarak jauh.

  7. e-Dagang -

    Penggunaan teknologi digital yang mengtranformasi pembelian dan jualan produk melalui internet dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang menyokong aktiviti seumpamanya termasuk pemasaran, pembangunan platform jualan atas talian, perkhidmatan penghantaran dan banyak lagi.

Keperluan kelayakan bagi Inisiatif Pendigitalan PKS

Syarikat PKS mestilah memiliki kriteria seperti berikut:

  1. Syarikat PKS hendaklah dimiliki sekurang-kurangnya 60% oleh rakyat Malaysia.
  2. Syarikat PKS hendaklah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia yang diklasifikasi sebagai PKS.
  3. Syarikat PKS telah beroperasi sekurang-kurang (6) bulan.
  4. Syarikat PKS mempunyai pulangan hasil jualan purata tahunan minima sebanyak RM50,000.